Frame BMX Inspyre Pro (Used) – Masih Function, Masih Bergaya

BMX Frame Inspyre Evopro


Ada satu frame BMX yang sekarang sedang berehat. Bukan sebab dia nak bersara… tapi sebab dia sedang tunggu tuan baru.

Dulu dia aktif. Melompat di pump track dan BMX trek, kadang-kadang buat aksi yang nampak hebat… kadang-kadang buat aksi yang buat rider terus baring tengok langit. Biasalah, kehidupan BMX.

Frame ini ialah Inspyre saiz Pro – jenama yang memang dikenali dalam dunia BMX race. Harga baru frame Inspyre biasanya sekitar USD $649 (lebih kurang RM3000+) untuk frame sahaja. Jadi ya… dia bukan frame “biasa-biasa”.

Sekarang frame ini sedang mencari rider baru untuk sambung cerita.

📦 Spesifikasi ringkas:

Brand: Inspyre
Size: Pro
Condition: Used
Price: RM890 + postage
Status: Available

Kalau korang tengah plan nak build BMX race bike, ini mungkin peluang yang agak menarik. Frame race harga baru ribuan, tapi yang ini masih boleh terus turun trek dengan harga jauh lebih rendah.

Lagipun frame ni tak cerewet. Janji dapat keluar ride lagi.

Kalau berminat, cepat tekan SAYA NAK!.

0 Comments:

Post a Comment

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi